13 tahun menanti, suami isteri dapat zuriat pertama guna rawatan IVF

0
26


Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian bagi memiliki cahaya mata sebagai pelengkap dalam kehidupan berkeluarga.

Bagi Noor’adn Muhammad dan suaminya Mohd Yuhairi Hanif, hasrat pasangan tersebut  selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan dengan kelahiran seorang bayi yang ‘disimpan’ sejak enam tahun lalu.

Bayi pertama itu melakar sejarah menerusi teknik pemindahan embrio atau Frozen Thaw selepas enam tahun ia dibekukan. Bayi itu selamat dilahirkan seberat 3.34 kilogram secara pembedahan pada jam 8.38 pagi pada Isnin lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) .

Dalam usaha dalam mendapatkan zuriat, wanita berusia 38 tahun itu nekad mengambil cuti tanpa gaji sebaik sahaja disahkan hamil pada Februari lalu demi menjaga keselamatan kandungan.

Dia yang bertugas sebagai guru dan suaminya yang bekerja sebagai kontraktor sudah menjalani beberapa rawatan IVF pada tahun 2012, namun trauma kerana keguguran sepasang kembar pada Julai 2013.

“Saya mula menjalani rawatan IVF pada 2012 dan berjaya hamil pada tahun tersebut namun kandungan saya gugur pada usia dua bulan diikuti pada Julai 2013, kehamilan bayi kembar saya cuma bertahan pada usia 20 minggu”.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Reproduktif HSNZ, Dr Nasuha Yaacob berkata, ini adalah satu kejayaan buat HSNZ kerana proses tersebut telah melahirkan bayi yang ke-20 lalu menerusi kaedah IVF pada tahun ini.

[Video] Bayi pertama menerusi pemindahan embrio selepas dibeku enam tahun lahir di HSNZHospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini melakar sejarah apabila bayi pertama hasil prosedur pemindahan embrio yang dibekukan (FET) 6 tahun selamat dilahirkan di hospital Isnin malam.Berita Penuhhttp://bernama.com/bm/news.php?id=1776387

Posted by BERNAMA on Tuesday, October 8, 2019

Sumber: Harian Metro , Bernama

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here