“24 Jam Saya Pakai Pampers,” – Shima Dedah Memakai Pakai Lampin Pakai Buang Lebih 2 Tahun Lalu

0
323


Penyanyi popular 90-an, Shima mengakui memakai lampin pakai buang lebih dua tahun lalu bagi memudahkan urusannya sehari-hari, gara-gara mengalami masalah cakera tulang belakang tergelincir sakit (slipped disc) sejak 2013 lalu.

“Sampai sekarang saya pakai lampin pakai buang, 24 jam saya pakai kira-kira sejak dua tahun lalu, malah sebelum saya ke tanah suci untuk tunai umrah lagi.

“Cuma ketika di tanah suci, Allah permudahkan saya tidak alami situasi sulit melibatkan buang air besar atau kecil.

“Alhamdulillah, saya ‘pakai kosong’, Allah permudahkan sebab niat kita ketika itu adalah untuk beribadah,” katanya yang mengalami sistem pundi kencing yang lemah.” – jelas Shima kepada Media Hiburan.

Shima turut memberitahu dia juga kini ada mengambil beberapa jenis ubat bagi mengurangkan masalah kesihatan yang dialami.

Dengan menyifatkan kesihatan adalah yang menjadi keutamaannya ketika ini, Shima juga turut memberi pesan kepada golongan artis muda untuk mementingkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here