7 tahun mengajar, guru terpaksa pisah dengan murid2 buat ramai sebak!

0
428

Memikul tanggungjawab sebagai seorang guru bukan satu tugas mudah. Ada yang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga demi memberikan ilmu sehingga terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.

Terbaru, video dimuat naik oleh seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman telah tular dan meraih hampir 2,000 ulang kicau dan 4,000 tanda suka di laman sosial Twitter.

Mohd Khairul Izzuddin yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Long Palai, Baram di Miri itu meluahkan kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan anak muridnya selepas tujuh tahun berkhidmat di sekolah tersebut.

“Mana mungkin aku dapat menahan air mata untuk melepaskan anak-anak ini”

Rakaman berdurasi 21 saat itu mengundang perhatian warganet untuk memberikan komen yang rata-rata turut sebak setelah menonton video berkenaan.

Namun tidak kurang ada juga segelintir individu berkongsikan pengalaman yang hampir sama apabila terpaksa berpisah dengan anak didik masing-masing.

Sumber: Twitter

 

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here