Agong & Raja Permaisuri timang cucu lelaki

0
265


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menimang cucunda lelaki pagi tadi.

Menerusi laman Twitter, Tunku Azizah meluahkan rasa syukur apabila anakanda tirinya Tengku Puteri Iman Afzan selamat bersalin serta turut berkongsi wajah cucunda ketiganya itu untuk tatapan umum.

“Selamat datang ke dunia. Cucu saya nombor tiga. Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi. Alhamdulillah,”  tulis baginda.

Posting berkenaan meraih perhatian rakyat untuk memberikan komen yang rata-rata mengucapkan syukur dan sembah tahniah atas kelahiran pewaris diraja negeri Pahang itu.

Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos tahun lalu.

Sumber : Azizah Iskandar

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here