Air mata Noor Nabila menitis, mahkhamah sahkan tuntutan penceraian ditolak

0
160


Sehingga kini, masih hangat diperkatakan kisah penceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila. Maklumat terbaru yang diterima, dikhabarkan tuntutan cerai itu telah ditolak.

Ia berikutan, kerana Sharnaaz tidak bersetuju untuk bercerai, justeru pasangan tersebut diminta untuk hadir ke mahkamh pada 30 September ini bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai oleh Hakim Syarie.

Mengulas kepada pemberita, Nabila kelihatan sugul ketika hadir ke mahkamah berkata, kini dia hanya mahu fokus kepada anaknya, Jebat dengan memberi perhatian dan kasih-sayang sepenuh.

“Saya nak fokus dengan dan beri kasih sayang. Saya minta doakan baik-baik saja…”

Manakala, Sharnaaz pula hanya mahukan pendamaian dan masih lagi mahu menyelamatkan rumah tangganya supaya dapat diselesaikan secara baik.

“Reda atau tidak, kita ada mahkamah. Kalau mahkamah perintah JKP kita aka cuba. Kita tengok apa kata JKP punya penyelesaian…”

Untuk rekod, pasangan itu telah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Difahamkan, mahligai mereka mula berantakan selepas mereka sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu.

Sumber : Sinar TV

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here