Ajak isteri solat jemaah, Nubhan Ahmad dapat pujian netizen

0
24


Siapa tidak mengenali Ahmad Nubhan Ahamad, seorang penyanyi yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6). Dia masih aktif menyanyi dan menjadi seorang usahawan kosmetik.

Penyanyi berusia 33 tahun itu telah berkahwin dengan isterinya, Afifah Hidayah Ahmad Taufiq selama 4 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata.

“Ni masa #ABP hari tu… Kebetulan nak keluar rumah je dah masuk maghrib. Jadi solat la dulu. Biar la berkepuk2 pun. Selamat sempat sampai,” tulisnya.

Menerusi laman Instagram, penyanyi lagu Ada Untukmu itu memuat naik sebuah video sebelum pergi ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)  baru-baru ini.

Lebih menjadi perhatian apabila dia menunaikan solat bersama isterinya terlebih dahulu walaupun sudah bersedia dengan penampilan ‘berkepuk-kepuk’.

Sumber : Nubhan

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here