Akibat letupan mercun, budak 10 tahun beraya tanpa mata kanan

0
302


SAMBUTAN hari raya kali ini tidak akan semeriah seperti sebelumnya bagi seorang kanak-kanak berusia 10 tahun apabila mata kanannya parah terkena letupan mercun di rumahnya di Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.10 petang ketika keluarganya sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa.

Menurut sumber, mangsa cuba menyalakan mercun berkenaan yang diletakkan di dalam sebuah tin, namun ia tidak meletup.

“Mangsa kemudiannya cuba memeriksa tin berkenaan, namun ketika dia membuka penutup tin itu secara tiba-tiba berlaku letupan.

“Letupan itu menyebabkan serpihan tin itu terkena pada mata kanan mangsa sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan,” katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk mendapat rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, ekoran keadaan matanya yang serius.

Katanya, hasil pemeriksaan pakar perubatan menjumpai serpihan tin di dalam mata mangsa.

Difahamkan, mata mangsa sudah tidak berfungsi berikutan keadaannya yang hancur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

Beberapa keping gambar keadaan mangsa tular di laman sosial Facebook sejak semalam yang dimuat naik oleh seorang doktor yang merawatnya sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

comments





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here