Aksi budak perempuan selamba tunggang kerbau, curi tumpuan netizen

0
23


Sebelum ini tular mengenai kisah adik Muhammad Syukur yang dikenali sebagai mowgli Malaysia, apabila gambarnya bersama sekumpulan kerbau mendapat perhatian ramai.

Nampaknya, bukan hanya adik Syukur sahaja yang berminat dengan kerbau. Terbaru, beberapa gambar dan video seorag kanak-kanak perempuan sedang menunggang kerbau telah mendapat jumlah tontonan yang ramai.

Kanak-kanak perempuan itu bernama Nurul Afina Azman atau lebih mesra dipanggil Che Tam, kelihatan cukup akrab dengan kerbau milik bapanya itu.

Menurut bapanya, Azman Umar, 25, anak perempuannya itu sememangnya meminati haiwan sejak daripada kecil lagi, malah tidak seperti kanak-kanak lain, dia tidak takut untuk mendekati kerbau yang dijaganya.

Tambahnya lagi, boleh dikatakan hampir setiap hari anak tunggalnya itu akan mengikutinya ke ladang untuk meluangkan masa bersama kerbau.

Balik oi 🐃

Posted by Azman Umar on Thursday, September 5, 2019

Difahamkan, kerbau yang dibelanya sebanyak 17 ekor dan ada seekor kerbau yang merupakan kesayangan anaknya sehinggakan diberi nama Atan. Malah, tidak dibenarkan Atan dijual kepada orang lain.

Bercakap soal keselamatan, Azman mengakui kadang-kadang dia risau memikirkan hal itu, namun melihat anaknya cukup minat dan sering kali membantu dalam menjaga kerbau, dia yakin bahawa anaknya itu mampu menjaga diri.

“Saya pun risau juga dengan keselamatan dia, tapi Alhamdulillah semuanya okay, Che Tam selalu tolong bagi kerbau makan…”

Berkongsi minat yang sama, Azman tidak kisah jika Che Tam digelar sebagai Syukur 2.0, kerana dia bersyukur bahawa video anaknya bersama kerbau mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Sehingga kini, video tersebut sudah mendapat banyak perkongsian di media sosial, rata-ratanya terhibur melihat kemesraan Che Tam bersama dengan kerbaunya.

Sumber : mStar & Azman Umar

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here