Al Fatihah.. Tinggal Sehari Sahaja Nak Beraya, Nurse Temui Ajal Leher Terjerut Tali Kain Rentang

0
1712
Sedihnya apabila satu kemalangan yang menyayat hati berlaku tatkala hanya tinggal sehari sahaja umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri,  seorang jururawat meneui ajal setelah mengalami cedera parah di bahagian lehernya akibat terlanggar tali kain rentang ketika menunggang motosikal di Simpang 3 C Mart, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.15 malam itu, Siti Rofidah Md Khir, 27, dikatakan menunggang motosikal sendirian untuk balik ke rumah selepas membeli barang keperluan membuat kuih raya.

Difahamkan, mangsa yang bertugas di Hospital Besar Pulau Pinang, pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Siti Rofidah disahkan meninggal dunia selepas hampir sejam menerima rawatan di Hospital Jitra, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata mangsa dipercayai tidak menyedari ada tali kain rentang yang tergantung dalam keadaan melintang di hadapannya kerana kawasan terbabit gelap.

Tali kain rentang yang menyebabkan Siti Rofidah Khir terjatuh apabila terjerut tali berkenaan di Simpang tiga Cmart Jitra. – Foto ihsan PDRM

Akibatnya, beliau berkata, tali itu dipercayai tersangkut di bahagian leher Siti Rofidah menyebabkan mangsa terjatuh bersama motosikal.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Jitra berikutan mengalami kecederaan teruk di bahagian leher,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan mayat dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

sumber. bharian online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here