Alasan perangi ‘ekstremist’ Islam, putera mahkota Arab sokong tindakan China ‘penjarakan’ Muslim Uighur

0
18
Oh My Media


Terdahulu, gempar tentang penindasan kerajaan China terhadap umat Islam yang merupakan kaum minoriti di negara berkenaan. Malah, mereka turut dilarang daripada melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Masjid-masjid yang ada di situ turut dirobohkan dan orang Islam daripada kaum minoriti Uighur turut ditangkap dan dibawa ke pusat tahanan yang dinamakan ‘Pusat Latihan Vokasional’ di Xinjiang.

Paling mengejutkan, baru-baru ini, Putera Mahkota negara Arab, Mohammed bin Salman, telah menyokong usaha kerajaan China terhadap tindakan mereka menangkap orang Islam. Malah, beliau turut memperakui ‘hak’ kerajaan untuk melakukan perkara yang difikirkan betul.

Beliau berkunjung ke negara itu bagi menandatangani perjanjian perdagangan antara negara Arab dan China. Xi Jinping memperakui bahawa negara China dan Arab perlu bersatu dan bekerjasama bagi membendung isu puak ekstremist Islam.

Kerajaan China telah menahan kira-kira sejuta muslim Uighur dengan alasan membasmi fahaman ekstremist yang datang dari negara Timur Tengah.

Kedudukan negeri penduduk Uighur yang berdekatan dengan Turki meyakinkan Pemerintah China, Xi Jinping bahawa puak Uighur yang beragama Islam berpihak kepada golongan pengganas.

“Kerajaan China berhak melakukan apa-apa sahaja bagi membasmi dan mengelakkan pengganas makin bertambah demi melindungi negara,” kata Mohammed.

Hakikatnya, orang Islam Uighur ditindas kerana berlainan kepercayaan dengan kebanyakan orang Cina di situ. Wartawan CNN, Matt Rivers berjaya memasuki kem tahanan orang Uighur di Xinjiang dan mendapati bahawa mereka dilayani seperti banduan penjara.

“Kami cuba untuk bercakap dengan seorang lelaki, namun pasukan keselamatan mengepung kami dan menyuruh lelaki itu mendiamkan diri.”

Menurut kerajaan China, tiada apa-apa yang disembunyikan di tempat yang dinamakan ‘kem vokasional’ tersebut, malah mereka turut menyatakan yang melayani puak Uighur dengan baik.

Sumber: The Telegraph, Free Malaysia Today

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here