Anak dah buka mata, Anzalna Nasir belanja wajah terbaru putera sulungnya

0
205


Umum sedia tahu bahawa pelakon cantik, Anzalna Nasir telah selamat melahirkan bayi lelaki beberapa hari sebelum menyambut bulan Syawal yang lalu. Semalam genaplah sebulan usia Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif  yang lahir pada tanggal 31 Mei 2019.

Selepas menunggu hampir 3 tahun untuk dikurniakan cahaya mata, akhirnya pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Dewi Remaja ini disahkan hamil pada oktober tahun lepas.

Semalam, buat pertama kalinya Anzalna dan pasangan memuat naik wajah Eidrees di Instagram bayi itu yang telah dibuka sejak beberapa minggu yang sudah.

Menerusi Instagram Eidrees juga, terdapat posting mengenai perjalanan 3 tahun perkahwinan Anzalna dan suaminya Hanif dalam berusaha mempeerolehi cahaya mata. Bukan sesuatu yang mudah kerana mereka percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T.

Selepas bergelar ibu dan bapa, pasangan serasi ini turut tidak lokek berkongsi perkembangan anak lelaki mereka itu di media sosial. Mereka turut dilihat begitu bahagia dengan kehadiran zuriat pertama ini.

Menjengah keruangan Instagram Eidrees, rata-rata netizen telah meninggalkan komen memuji kecomelan bayi sulung Anzalna ini. Mereka turut mendoakan supaya anak sulung pasangan popular ini terus diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang berguna apabila besar kelak.

Sumber : Mohamadeidress

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here