Bapa ajar anak kalimah syahadah, nazak selepas terlibat kemalangan

0
216


Sebuah video menyayat hati tular di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak petang semalam yang kelihatan seorang bapa berulang kali menyebut kalimah Allah untuk anak perempuan di pangkuannya.

Kejadian tersebut berlaku setelah mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Jambatan Sri Ehsan berhampiran Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, insiden itu berlaku pada 1.30 petang menyebabkan kanak-kanak tersebut Nur Umairah Syakirah Rosdi maut kerana parah di kepala.

“Mangsa bersama enam ahli keluarga iaitu ibu bapa dan tiga adik-beradik berusia tiga hingga lapan tahun menaiki Perodua Alza, terbabit kemalangan dengan kereta jenis Audi.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu bapa mangsa menuju ke Persiaran Timur, berlanggar dengan kereta dipandu lelaki umur 37 tahun yang datang dari arah Jalan Tun Hussein di persimpangan lampu isyarat.
“Semua mangsa di dalam Perodua Alza cedera dengan mangsa parah di kepala dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia pada 9.50 malam,” katanya.

Tambah Rosly, pemandu kereta Audi tidak cedera dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 30 saat itu memaparkan lelaki berkenaan mengajar anaknya kalimah tersebut dan dalam masa sama memangku kepala seorang lagi anak perempuannya.

Turut kelihatan adalah dua anak lelakinya di sisi dengan seorang daripadanya terbaring dan menangis kesakitan.

Sumber : Harian Metro

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here