Bapa menangis tak mampu bayar duit gambar konvo tadika anak

0
56


Sudah menjadi trend masa kini apabila pihak tadika ataupun pra sekolah untuk mengadakan majlis graduasi kepada pelajar-pelajarnya pada hujung tahun.

Sudah semestinya majlis tersebut memerlukan ibu bapa kanak-kanak tersebut mengeluarkan sedikit modal bagi menampakkan anak mereka bergraduasi.

Namun, umum sedia tahu bahawa majlis yang diadakan kandang kala memerlukan belanja yang agak banyak dan ada sesetengah ibu bapa tidak mampu untuk melunaskan bayaran-bayaran tambahan untuk program-program seperti itu.

Menerusi satu perkongsian daripada warga Twitter, seorang lelaki menceritakan bagaimana seorang bapa yang terpaksa mengajak anaknya untuk pulang ke rumah selepas majlis graduasi itu sedangkan mereka patut menghadiri sesi bergambar disebabkan masalah kewangan.

 

Lelaki yang dikenali sebagai Irwan itu telah mendengar kata-kata bapa tersebut dan berasa terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan memberikan kegembiraan diwajah kanak-kanak itu.

Dia telah mengejar anak beranak tersebut yang sedang menuju ke parkir motosikal sambil mempelawa kanak-kanak tersebut bergambar bersama anaknya di dalam studio

Lebih menghibakan, menurut bapa tersebut, motosikal yang ditunggang itu adalah motosikal majikannya yang memberi pinjam seketika bagi melihat anak sulungnya bergraduasi.

Selesai sesi bergambar, Irwan menyatakan betapa terharunya bapa muda tersebut dan memeluknya sambil mengucapkan ribuan terima kasih.

Sehubungan dengan perkongsian yang menyentuh hati itu, rata-rata warganet telah terpanggil untuk meninggalkan komen diruangan posting tersebut.

Mereka mengucapkan terima kasih kerana Irwan sanggup berkongsi kegembiraan yang dikecapinya kepada individu yang tidak berkemampuan. Mereka turut mendoakan agar Irwan dan bapa kepada kanak-kanak tersebut dimurahkan rezeki dan sentiasa diberi kebahagian di dunia dan akhirat.

Sumber : Irwan

 

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here