Baru sebulan pakai dah punah, gadis kesal aksesori jenama terkenal tiada kualiti

0
124


Aksesori seperi gelang, rantai dan cincin pastinya menjadi kegilaan bagi para wanita. Tak perlu tunggu orang untuk hadiahkan barang berkenaan, kadang-kadang beli untuk diri sendiri sudah menjadi satu kepuasan.

Pasti ramai tahun dan pernah dengar sebuah jenama aksesori yang sangat terkenal dengan cincin dan gelangnya. Jenama ini sering menjadi idaman semua wanita kerana reka bentuk yang unik dan cantik.

Namun, Eliya Farhana meluahkan bahawa kualiti barang jenama itu tidak seperti yang diimpikan setelah membelinya pada bulan lalu.

Perkara ini diluahkan gadis berkenaan melalui laman Twitter miliknya. Tak disangka perkara berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi netizen!

Gara-gara kecewa, satu aduan dibuat oleh Eliya di akaun Facebook jenama tersebut. Secara ringkasnya, dia berasa sangat kecewa kerana cincin berkenaan hanya boleh dibaiki di Singapura sahaja.

Jelasnya lagi, batu permata dicincinnya telah tercabut dan pihak mereka hanya memberikan warranty selama sebulan selepas tarikh pembelian.

Tak kisahlah korang pilih nak pakai emas ke atau sebagainya. Paling penting kena pandai jaga supaya tak mudah rosak ataupun membazir.

Sumber : Eliya Farhana

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here