Baru setahun peluk Islam, mualaf OKU lancar hafaz ayat al-Quran depan mufti

0
26


Umum sedia maklum bahawa Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sangt dekat dengan semua lapis masyarakat walaupun bergelar agamawan.

Dia juga aktif bermedia sosial dan tidak sombong menjawab sebarang kemusykilan yang diajukan oleh orang ramai.

Menerusi muat naik terbarunya di Facebook, beliau dikunjungi oleh beberapa wakil dari NGO Orang Kelainan Upaya (OKU) Berdaya Hulu Langat.

Lebih mencuri tumpuan Sahibul Samahah ialah seorang mualaf yang baru sahaja memeluk Islam kira-kira setahun lalu lancar mengalunkan surah al- Fatihah.

Dikenali sebagai Wan, lelaki berbangsa Cina itu begitu mudah membaca umul kitab walaupun berstatus OKU.

Pagi ini menerima kunjungan NGO OKU Berdaya Hulu Langat. Mereka daripada pelbagai latarbelakang, namun masing-masing mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh dikehadapankan. Saudara Wan baru memeluk Islam tahun lalu dan sudah menghafal Surah al-Fatihah dengan baik. ⁣⁣⁣⁣Tidakkah hati kecil kita terusik apabila melihat mereka bersungguh-sungguh mempelajari Islam, sedangkan segelintir kita masih culas walaupun dianugerahkan nikmat yang lebih sempurna?⁣⁣⁣⁣Inilah yang menjadi antara fokus utama saya sejak beberapa tahun lalu dalam Kuliah Dhuha Mingguan yang menyediakan jurubahasa isyarat khas bagi OKU Pekak di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi dan Masjid Dato Klana Petra, Nilai. ⁣⁣⁣⁣Di sinilah nilai rahmah dalam Islam yang wajar diraikan bersama.

Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Tuesday, October 8, 2019

Menurut coretan yang dibuat oleh Dato’ Dr. Zulkifli, beliau sempat menitipkan pesanan kepada para pengikutnya di Facebook tentang  bagaimana seorang mualaf yang kelainan upaya boleh berusaha menjadi seorang muslim yang bagus dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi, seharusnya insan normal segan dengan lelaki itu kerana kerap leka dengan duniawi sedangkan mampu melakukan  sesuatu ibadah dengan mudah.

Terima kasih NGO OKU Berdaya Hulu Langat atas kunjungan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan sedia membantu apa yang termampu untuk manfaat bersama.

Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Tuesday, October 8, 2019

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa kagum dengan kesungguhan lelaki mualaf itu. Walaupun tidak berada dalam keadaan sempurna, namun kegigihannya harus dipuji kerana berusaha menjadi seorang muslim yang sejati.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here