Bayi ini derita penumpukan cairan di otak & risiko untuk dibedah, hanya doa yang diperlukan

0
18
Oh My Media


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sayu hati ini melihat sekujur tubuh kecil yang tidak mengerti apa-apa diduga dengan ujian yang cukup besar.

Tidak terungkap dengan kata-kata, menerusi perkongsian oleh penyampai Radio Sinar.FM, Abby Fana di laman Instagramnya, dia telah melawat seorang kanak-kanak istimewa bernama Syifa yang sedang bertarung nyawa kerana komplikasi kesihatan.

Menurut makluman daripada penyampai radio tersebut, ini adalah kali ketiga dia melawat adik Syifa dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada Ramadan tahun lepas.

Adik Syifa yang kini berusia, 1 tahun 3 bulan, dilahirkan dengan keadaan buta dan sumbing serta menghidap Hydrocephalus, iaitu kondisi penumpukan cairan di dalam otak.

Lebih memilukan, doktor telah memberitahu bahawa pihak hospital tidak dapat menjalankan pembedahan kerana mungkin berdepan dengan risiko yang tinggi.

Tidak dapat membayangkan bagaimanalah perasaan orang tuanya apabila mendapat tahu bahawa tiada bantuan perubatan yang dapat menyelamatkan anak mereka, kini hanya doa dan keajaiban daripada Allah mampu mengubah segalanya.

Rata-rata netizen bagaikan hilang kata-kata melihat keadaan adik Syifa yang cukup memilukan, hanya doa dan kata-kata semangat diberi sebagai pendorong buat keluarga bakal penghuni syurga ini.

Sumber : Abby Fana

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here