” Belajar pandai, tapi pilih driver lori!” -Guru dihina kerana bersuamikan pemandu lori

0
476


Sebut mengenai hantaran, pasti ramai pihak yang tidak senang duduk dibuatnya. Tambah lagi, nilai hantaran bagi wanita zaman sekaran,  dikatakan mengikut tafar pendidikan atau kerjaya seseorang itu.

Menerusi laman Twitter, seorang cikgu yang dikenali sebagai Azura Orkid memuat naik sebuah posting yang menjadi perbualan agak hangat oleh pengguna Twitter. Disebabakan perkongsiannya itu, ramai yang telah meninggalkan pelbagai pandangan dan pendapat menerusi ruangan komen.

Namun, pilihan hatinya itu telah menjadi buah mulut dan pertikaian oleh orang kampung hanya disebabkan pekerjaan suaminya sebagai pemandu lori.

Jelasnya lagi, walaupun dirinya mempunyai pendidikan tinggi iaitu ijazah dan master, namun hantaran yang ditetapkan kepada suaminya masih dibawah nilai RM10,000.

Warga Twitter kebanyakannya tampil memberikan pandangan dan kata-kata positif kepada Azura. Ramai yang memuji sifatnya yang masih merendah diri walaupun berpelajaran tinggi.

 

Sewajarnya, diingatkan supaya sentiasa menghormati dan tidak perlu mempertikaikan keputusan hidup orang lain. Tidak perlu masuk campur urusan orang dan seharusnya menyokong serta mendoakan kehabagiaan orang adalah lebih baik.

Sumber: Azura Orkid

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here