Belajar sambil jadi ‘lecturer’, Najwa Latif kini dapat Master

0
30


Kini, demam konvoksyen telah melanda para graduan yang bakal menamatkan pengajiannya dengan rasmi. Kebelakangan ini, turut dilihat dan dimaklumkan, beberapa orang artis seperti Fikry Ibrahim dan Eliza Loy turut bergraduat pada tahun ini.

Juga tidak ketinggalan, penyanyi berbakat Najwa Latif juga turut telah rasmi menamatkan pembelajarannya dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, di peringkat ijazah sarjana (master).

Berita ini telah disampaikan oleh Najwa Latif melalui laman Instagram peribadi miliknya. Najwa telah memuat naik sekeping gambar yang sedang memakai jubah konvo disamping ahli keluarganya.

Najwa Latiff juga dilihat berkongsikan detik-detik terindahnya semasa majlis konvokesyennya di Universiti Malaya menerusi Insta Story.

Kejayaan Najwa Latif tersebut turut disenangi para pengikutnya di laman Instagram. Ramai yang telah turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan yang dimiliki oleh Najwa Latif.

Terdahalu, Najwa Latif telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pensyarah disebuah universiti swasta. Najwa Latif merupakan pensyarah bagi subjek bahasa Inggeris untuk pelajar peringkat asasi dan ijazah sarjana muda.

Sumber: Najwa Latif.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here