Beli tanah 3 ekar, Sajat nak bina masjid & bagi rumah untuk staf

0
50


Berkat usaha perniagaan produk bengkung selama tiga tahun, usahawan kosmetik Nur Sajat bersyukur dapat membeli sebidang tanah di Kuala Sungai Baru, Melaka baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, pengasas Let’s Cantik itu memuat naik gambar dan video ketika ‘turun padang’ ke lokasi tersebut dan berhasrat mahu membina beberapa perumahan di situ.

Selain untuk disewa kepada para pelajar di sekitar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), dia juga ingin membina masjid atas tanah berkeluasan tiga ekar berkenaan.

“Saya nak buat perumahan, nak buat masjid atau surau kat sini.. Alhamdulillah, saya nak buat rumah Allah besar kat sini.. Saya dah berniat dah.. Doakan saya yer,” tulisnya.

“Bila ayah, mak & Sajat melawat tempat tanah hendak dimajukan.. Doakan saya yer! Nak jual rumah dalam bawah RM200,000. Amin..

“Saya ingat nak bagi the best stokis rumah sebijik pada mereka yang gigih buat sale! Baru betul2 ganjaran kan,” katanya.

Rata-rata pengikutnya memuji kebaikan yang dilakukan usahawan berusia 34 tahun itu dan berdoa supaya dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Para pelajar KUIM juga tidak ketinggalan memberikan pendapat dengan menyatakan hasrat mahu Sajat membina beberapa kemudahan di sekitar kawasan pengajian mereka.

Sumber : Nur Sajat

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here