“Bergurau tak bertempat…” – Komen guna bahasa kasar di video anak Hairul, Janna ditegur netizen

0
147


Baru-baru ini, Hairul Azreen telah memuat naik video gelagat comel anak keduanya, Alisa Aisya di Instagram, yang sudah pandai membuat mimik muka apabila namanya dipanggil.

Video tersebut telah berjaya mencuri tumpuan ramai, dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 246,000 walaupun baru dua jam dimuat naik.

Gelagatnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen, malah ada juga daripada kalangan rakan artis sempat meninggalkan komen memuji kecomelan anak keduanya itu.

Namun, salah satu komen daripada rakan artis iaitu Janna Nick telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen, yang merasakan komen yang diberikan berbunyi agak kasar.

Selepas ditegur, Janna bertindak memadam komen tersebut dan menukarkan kepada bahasa yang lebih elok.

Memanglah Janna tiada niat untuk memijak bayi Hairul, tetapi tidak semua orang boleh menerima gurauan kasar, tetapi disini sikap Janna juga perlu dipuji kerana tidak mudah melatah dan menerima teguran dengan positif.

Sumber : Janna Nick, Hairul Azreen & Kisah Dunia

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here