Bila giliran Fikry Ibrahim ambil ijazah, bergema satu dewan dengan tepukan gemuruh

0
38


Siapa tidak kenal dengan pelakon kacak Fikry Ibrahim, yang sering kali kita lihat bergandingan dengan pelakon jelita, Farah Nabilah di kaca televisyen.

Bergelar sebagai pelakon, Fikry juga merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, yang baru-baru ini selesai menghadiri konvokesyen.

Menerusi muat naik foto di IG, dengan ucapan yang ringkas, Fikry sempat menzahirkan ucapan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan paran pendidik yang selama ini telah banyak memberi sokongan.

Membawa status sebagai selebriti, sudah pastinya kelibat Fikry mencuri tumpuan. Menerusi video yang dikongsikan oleh kelab peminatnya, dapat dilihat satu dewa bergema dengan tepukan gemuruh apabila tiba giliran Fikry mengambil ijazah.

Turut berbangga dengan kejayaan pelakon tersebut menamatkan pengajiannya, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga netizen.

Sumber : Fikry Ibrahim

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here