Buat 5 jenis kerja sambil belajar, semangat gadis ini buat netizen kagum

0
197


Dulu masa zaman belajar, pernah tak korang tengok kawan-kawan buat kerja sementara atau berniaga kecil-kecilan? Tak pun korang sendiri yang buat semua tu sebab tak nak minta duit mak ayah.

Perkara ini juga dilakukan oleh seorang penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kamilia Afiqah yang mencari pendapatan sampingan sambil menuntut ilmu pengajian.

Tetapi lebih mengejutkan apabila rata-rata netizen mempersoalkan kesanggupan dia membuat lima jenis pekerjaan sementara dalam satu masa yang sama.

Hal ini telah dikongsikan sendiri oleh Kamilia melalui laman Twitter. Dia menjelaskan sebab mengapa dia perlu melaksanakan lima kerja sekaligus walaupun masih lagi bergelar seorang pelajar.

Mestilah ramai yang mempertikaikan! Orang masuk universiti nak belajar, bukan cari duit. Namun gadis tersebut tetap tenang dengan segala persoalan yang dilemparkan.

Duit gaji diperoleh pula digunakan untuk membuat aiskrim buatan sendiri sehingga mengundang perhatian ramai yang meminta resepi.

Sumber : Kamilia Afiqah.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here