Comelnya Ainul Mardhiah, Ini Wajah Terkini Adik Ainul!

0
300

“AINUL nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.

Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap k4nser mulut Germ Cell Tum0r kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.

Melalui status yang dimuat naik di Instagram miliknya, Nurul Erwani berkata, pembed4han membuang ketumbuhan anaknya itu berjaya dan Ainul berjaya melepasi ris1ko bah4ya.

“Alhamdulillah, sampai tidak tahu macam mana lagi nak ucap terima kasih pada doktor yang terbabit. Sangat bersyukur dapat kenal dan jumpa mereka semua.

“Ainul sekarang sedang berehat dan doktor tengah memantaunya,” katanya.

ainul mardhiah

Malah, Nurul Erwani turut memuat naik gambar terbaharu Ainul Mardhiah dan kelihatan anak kecil itu sedang tidur.

Semalam, Ainul Mardhiah selamat menjalani pembed4han membuang tum0r seberat kira-kira 200 gram di mulutnya.

Tumor 200g dikeluarkan [METROTV]

BAYI sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap k4nser mulut Germ Cell Tum0r selamat menjalani pembed4han semalam di sebuah hospital di London.

Tum0r seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway yang memantau bayi berkenaan sebaik tiba dari Malaysia pada 24 Mei lalu.

Pakar Bed4h Plastik Pediatrik dan Craniofacial Juling Ong berkata, pembed4han itu mengambil masa selama lima jam bermula 11 pagi semalam.

“Pembed4han berjalan lancar dan baik seperti dirancang. Ketumbuhan itu juga dapat dikeluarkan seperti dijangka.

“Tidak banyak pendar4han dan Ainul juga dalam keadaan baik dan stabil sepanjang pembed4han dijalankan.

“Ini satu pembed4han yang besar memandangkan ketvmbuhannya yang agak serius, ” katanya.

Ong berkata, terdapat komponen k4nser dan bukan k4nser pada ketvmbuhan berkenaan.

“Buat masa ini, kita meletakkannya di Unit Perawatan Intensif untuk keselesaan sementara luk4nya sembuh.

“Kemudian, barulah dia dibenarkan dikeluarkan namun kita tetap akan memantau keadaannya untuk beberapa minggu dan bulan bagi memastikan sekiranya ada tanda keadaan sama berulang,” katanya.

Dalam pada itu, Ong turut meluahkan penghargaan kepada pakar pelatih surgikal, Dr Nur Amalina Che Bakri atas inisiatifnya membantu ibu bapa Ainul Mardhiah membawa bayi berkenaan mendapatkan rawatan di London.

“Tanpa beliau (Dr Nur Amalina) , kita tidak tahu mengenai kes berkenaan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia juga yang menjadikan Ainul Mardhiah ke sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dr Nur Amalina ketika ditemui berkata, beliau berharap rakyat Malaysia terus mendoakan Ainul Mardhiah supaya sembuh daripada penyakit berkenaan.

“Sebaik melihat berita dan gambarnya, saya rasa amat simpati dan tekad berusaha membawanya ke sini supaya dapat menjalani pembed4han seperti yang dirancang.

“Malah, saya menganggap dia sebahagian daripada keluarga sendiri dan berharap rakyat Malaysia terus mendoakannya supaya segera pulih, ” katanya.

Bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin, 24, bersykur kerana anaknya selamat menjalani pembed4han dengan bantuan pakar di hospital berkenaan.

Ahmad Safiuddin turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang dan terus mendoakan kesihatan anaknya.

“Selepas selesai pembedahan, kami lihat wajahnya comel, sama seperti ketika baru dilahirkan dan ini ibarat kelahiran semulanya.

“Kami bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan berharap dapat bermain dengannya seperti bayi lain,” katanya.

Sumber : Metro

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here