“Dah macam kristian..” – Orang ramai kutuk fesyen ‘berseni’ Neelofa!

0
148


Siapa yang tidak mengenali Noor Neelofa, selebriti terkenal itu sering menjadi bualan ramai oleh kerana penampilan fesyen luar biasanya.

Seperti selalu, fesyen yang digayakan akan menerima kecaman netizen kerana tidak melambangkan imej seorang muslimah memandangkan dia juga sudah bergelar seorang ‘hajah’.

Walaupun sering dikritik, pengacara berusia 30 tahun itu tidak melayan kata-kata negatif sebaliknya dia semakin maju dalam bidang perniagaan.

Terbaru, penampilan Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi mengundang teguran ramai ketika melakukan satu penggambaran bagi majalah EH!.

Walaupun penampilan itu dikatakan sebagai satu seni fesyen yang agak unik, namun orang ramai berkongsi pendapat bahawa ia tidak sesuai diperagakan oleh seorang wanita seperti Neelofa.

Selain itu, terselit juga beberapa komen netizen yang menyamakan fesyen berkenaan seperti watak hantu dalam filem The Nun.

Sumber : ehmalaysia

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here