Dakwa ‘dajjal handsome’, netizen mohon Aiman Banna jangan bertuhankan YouTube

0
65


Pendakwah muda yang sering melakukan kontroversi, Aiman  Banna atau nama sebenarnya Mujahid Aiman bin Rumawi sekali lagi mencetuskan isu panas apabila mengulas berkenaan kehadiran Dajjal dan juga Nabi Isa pada hari kiamat kelak.

Menerusi satu komen yang diperoleh daripada posting dibuat Aiman Banna, dia telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung soalan, adakah kaum wanita ramai yang akan mengikut Dajjal di hari akhirat kelak?

 

Menerusi kenyataan yang tular itu, Aiman telah mengatakan bahawa rupa Nabi Isa dan Nabi Muhammad S. A.W adalah hampir serupa. Dia juga memberitahu bahawa Dajjal bukanlah seperti satu raksasa yang hodoh tetapi sama seperti manusia biasa namun bermata satu dan hampir mirip dengan Nabi Isa A. S.

Aiman telah teruk dikecam menerusi laman sosial selepas mengeluarkan kenyataan yang agak meragukan itu.

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram pendakwah tersebut, dia telah meminta maaf atas salah faham tersebut dan mengakui mengeluarkan kenyataan dengan melulu setelah mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal di saluran YouTube.

Sehubungan dengan itu, menerusi komen yang diperoleh daripada posting permohonan maaf Aiman Banna, rata-rata antara mereka telah meninggalkan maklum balas meminta agar pendakwah tersebut menyelidik dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa maklumat berkaitan akidah Islam.

Sumber : Aiman Banna

 

 

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here