Home JENAYAH Ditegur main judi dalam talian, wanita belasah suami guna batang besi

Ditegur main judi dalam talian, wanita belasah suami guna batang besi

0
268


SEORANG isteri yang ketagih berjudi secara dalam talian naik angin lalu membelasah suaminya dengan batang besi selepas lelaki itu menegurnya kerana terlalu obses dengan permainan tersebut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam, Sabtu lepas ketika mangsa yang berusia 38 tahun sedang menonton televisyen manakala isterinya berlegar-legar dari bilik tidur ke ruang tamu sambil mencari talian telefon bimbitnya kerana sedang bermain judi dalam talian.

Menurut Ketua Polis Lahad Datu, Nasri Mansor, kelibat isterinya berlegar-legar membuatkan mangsa berasa tidak senang lalu menegur wanita itu.

“Suami berkenaan kemudiannya menegur isterinya kerana berjudi, namun teguran itu tidak diterima dengan baik lalu membangkitkan kemarahan isterinya dan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Wanita berkenaan kemudian keluar dari rumah dan masuk semula sambil membawa sebatang besi lalu bertindak memukul suaminya di bahagian muka dan badan sambil menjerit memarahi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kejadian itu, Nasri berkata mangsa mengalami luka di kening, pipi serta dada dan dia membuat laporan polis semalam selepas menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Nasri berkata suspek yang berumur 40 tahun dan juga seorang penagih dadah ditangkap dalam serbuan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah di rumah suspek kira-kira 2 pagi tadi.

“Ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan seseorang menggunakan senjata.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

comments





Source link

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here