Polis sahkan DNA Serpihan tulang bukan milik Acap – Ketua Polis Perak

0
217
dna bukan milik acap

DNA Serpihan tulang ditemukan dekat Gua Kandu, Gopeng bukan milik peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf – Ketua Polis Perak menurut Bernama.

DNA bukan milik acap

Siaran Media Hasil Analisa DNA Serpihan Tulang

Makluman Pada 24/03/2019 (Ahad) lebih kurang jam 1.09 pagi, pihak polis telah menerima satu laporan mengenai kehilangan seorang daripada 485 peserta Gopeng Ultra Trail ‘GUT 2019′ Muhammad Ashraf bin Hassan (Acap) di Tua Tempurong.

Semasa tempoh Operasi Menyelamat (SAR) sedang berjalan, pada 30/04/2019 (Rabu) pihak polis telah menerima maklumat daripada orang mengenai penemuan serpihan tulang dipercayai tulang manusia berhampiran Jalan Sg. Itek Kg. Jahang (Gua Kandu, Gopeng).

Hasil Laporan DNA yang diterima pihak polis daripada Jabatan Kimia Malaysia mendapati DNA tulang yang dijumpai tidak sepadan dengan DNA (Siti Maznah binti Khamis) ibu kandung dan DNA (Mohammad Azlan bin Hassan) abang kandung kepada Muhammad Ashraf bin Hassan (Acap). DNA tulang tersebut juga tidak  terdapat dalam data Jabatan Kimia Malaysia.

Melalui kaedah post mortem dan ujian DNA telah mengesahkan bahawa serpihan tulang yang telah dijumpai  tersebut adalah bukan milik Muhammad Ashraf bin Hassan (Acap) dan pemilik tulang sebenar tidak dapat dikenalpasti. (unknown)  setelah semakan dibuat melalui Data DNA Jabatan Kimia Malaysia.

Hasil sampel tanah di lokasi penemuan menunjukkan warna tanah pada serpihan tulang dan warna  tanah di lokasi penemuan adalah “tidak sama”. Ini mengesahkah serpihan tulang yang dijumpai  tersebut adalah bukan berasal  dari lokasi penemuan.

Daripada penelitian dan semua laporan tersebut, pihak polis mendapati bahawa serpihan tulang yang dijumpai bukan milik Muhammad Ashraf bin Hassan (Acap) dan tidak diketahui pemilik (unknown) serta bukan berasal dari lokasi penemuan (Gua Kandu, Gopeng)

(Dato’ Razarudin bin Husain)
Ketua Polis Perak

 

dna bukan milik acap

“Serpihan tulang telah dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor bagi tujuan asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusan mengenai itu boleh diketahui dalam tempoh sehingga dua bulan atau lebih awal daripada itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dilakukan berikutan kawasan penemuan serpihan tulang yang ditemui itu dalam kawasan pencarian berkaitan kes kehilangan seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak bulan lepas.

Dalam pada itu, Hasron Nazri berkata spesimen darah seorang daripada abang Mohammad Ashraf atau dikenali sebagai Acap dilakukan semalam di Hospital Kampar dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya bagi tujuan perbandingan DNA dengan serpihan tulang tersebut.

Pada Ahad lepas, Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata beberapa serpihan tulang ditemukan penduduk kampung semasa usaha mencari dan menyelamat Mohammad Ashraf dilakukan.

Beliau berkata bagaimanapun hasil carian yang dilakukan oleh unit forensik polis di lokasi  itu tidak menemui tengkorak, rangka atau tulang lain.Mohammad Ashraf, 29, hilang semasa menyertai larian GUT 2019 kategori 25km pada 23 Mac lepas

“Beberapa serpihan tulang termasuk satu tulang peha itu ditemui sepasukan orang awam yang mencari mangsa sebelum mereka memaklumkannya kepada pihak polis.

“Berdasarkan keadaan tulang itu, kita menganggarkan ia merupakan tulang yang agak lama. Bagaimanapun, kita tetap melakukan ujian lanjut di Jabatan Forensik HRBP semalam dan hasil bedah siasat mendapati ia merupakan tulang manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini sebentar tadi.

Tambah Hasron Nazri, serpihan tulang tersebut kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor hari ini untuk mengenal pasti pemilik tulang tersebut.

“Selain serpihan tulang, spesimen darah ahli keluarga mangsa turut dihantar ke tempat sama bagi membuat padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

“Keputusan padanan tersebut hanya dapat diperolehi dalam tempoh sebulan hingga dua bulan akan datang dan kita akan mohon supaya keputusannya dapat diketahui dengan cepat,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here