Dua kali talakkan Ain ‘Afini, PU Abu masih mengaku tiada niat ceraikan isteri

0
34
Oh My Media


Kes penceraian pendakwah selebriti PU Abu Sufyan dilihat belum menemui jalan penyelesaian. Hari ini, mahkamah telah memutuskan bahawa lafaz cerai melalu WhatsApp yang dibuat oleh PU Abu tidak sah. Setakat ini, PU Abu dan juga Ain Afini masih lagi bergelar suami isteri.

Namun begitu, apa yang lebih mengejutkan adalah Ain ‘Afini memjelaskan bahawa mereka yang bernikah pada Ogos tahun lalu pernah bercerai pada 28 Januari tahun ini sebelum kembali rujuk sebulan selepas itu.

Pengakuan tersebut didedahkan di hadapan Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar. Bagaimanapun pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi menerima lafaz cerai menerusi WhatsApp daripada PU Abu yang meninggalkannya di rumah selama seminggu.

Menerusi Harian Metro lagi, PU Abu juga mengakui masih menyayangi Ain ‘Afini dan  menyesal melakukan tindakan terburu-buru dengan menceraikan isterinya.

“Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini.” – Ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa berang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PU Abu yang menyatakan masih menyayangi Ain sedangkan dia sudah dua kali melafazkan talak terhadap wanita tersebut.

Sumber: Harian Metro

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here