Zarina Zainuddin kongsikan video anak kembar autism Azal & Azil mungkin akan dipisahkan?

0
676

Dramatis Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai seorang ibu yang sabar dan penyayang, membesarkan dua orang anak kembar iaitu Azal dan Azil yang kini meningkat dewasa.

Namun, tahap kesabarannya sebagai seorang ibu diduga apabila akan ada satu masa kedua-dua kembarnya tidak dapat dikawal lagi kelakuannya.

Terbaru, di Instagram, Zarina telah memuat naik satu video memaparkan Azal dan Azil saling bertelagah dan mencederakan antara satu sama lain.

Menurut pelakon itu, pergaduhan bermula apabila Azal tidak dapat menahan emosinya apabila Azil tidak berhenti mengamuk walaupun telah cuba ditenangkan, membuatkan dia bertindak mengasari kembarnya itu.

“Azil mengamuk dalam kereta azal tak boleh dengar azil mengamuk, Azal cuba tenang kan Azil.. tapi Azil makin menjerit pukul-pukul muka dia..akhirnya Azal pun mengamuk…”

Impak daripada pergaduhan tersebut, kedua-dua mereka mengalami kecederaan, melihatkan keadaan mereka semakin tidak terkawal membuatkan Zarina tertanya bahawa, perlukah dia memisahkan mereka berdua jika itu yang lebih selamat.

” Luka kena serangan Azal, apakan daya Azil tak dapat berkata kata, hanya mampu menahan saja Azal pun luka, dua-dua luka, mereka saling memerlukan haruskah saya pisahkan sepasang kembar ini…”

Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, dimana ramai tidak sanggup melihat dua orang kembar ini dipisahkan, kerana mereka saling memerlukan.

Walaupun mereka hakikatnya saling sayang menyayangi, namun apakan daya keadaan mereka membuatkan wujudnya risiko, diharapakn Zarina sentiasa tabah dan membuat yang tepat demi kebaikkan anak-anaknya.

Sumber : Zarina Zainuddin

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here