Gadis mangsa gangguan seksual, pekerja Tesco tunjuk kemaluan di tapak letak kereta

0
56


Kes gangguan seksual terhadap terutamanya kepada para wanita, semakin hari bagaikan tiada kesudahan. Lebih menyedihkan, mangsa kepada gangguan seksual ini juga semakin kerap berlaku kepada kanak-kanak.

Semalam, seorang gadis berkongsikan detik-detik cemasnya, mengalami gangguan seksual di sebuah pasaraya. Fifiezuriani telah memuat naik video sebagai bukti, yang lelaki tersebut membuat perkara yang tidak senonoh terhadap dirinya.

Video tersebut kemudiannya tular dan meraih hampir 8,100 ulang kicau dan 4,500 tanda suka oleh netizen. Namun begitu, tindakannya memuat naik video tersebut mendatangkan rasa tidak menyenangkan bagi sesetengah pihak.

Malah, ramai juga yang mempertikaikan tindakannya yang sepatutnya melarikan diri, tetapi gadis ini lebih memilih untuk merakam video perbuatan tidak senonoh lelaki tersebut.

Disebabkan pelbagai pertanyaan yang telah dilemparkan kepadanya, dia telah menerangkan situasi dan tindak tanduknya semasa kejadian tersebut berlaku.

Pelbagai komen dan reaksi yang telah diberikan oleh netizen mengenai kejadian tersebut. Ada kenalan kepada lelaku berkenaan tidak menyangka yang si pelaku akan bertindak sedemikian rupa.

Dinasihatkan kepada semua wanita agar supaya berhati-hati ketika berada diluar terutamanya sewaktu berseorangan. Disarankan agar membawa bahan atau barang perlindungan diri sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber: Fifiezuriani.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here