Gara2 ‘upload’ gambar seksi, wanita dibelasah teman lelaki akibat cemburu

0
194


Sudah menjadi kebiasaan di media sosial apabila segelintir individu menunjuk harta benda dan gaya hidup mereka. Kalau diperhatikan, perkara ini tidak ubah seperti perlumbaan antara satu sama lain.

Namun gara-gara mahu ‘show off’, seorang wanita telah dipukul oleh teman lelakinya kerana memuat naik gambar seksi ke dalam Facebook.

Ini kerana tindakan berkenaan agak kurang disenangi teman lelakinya kerana menjadi perhatian orang lain terutamanya kaum lelaki yang lain.

Kerana enggan memadam beberapa gambar yang dikongsi kepada umum, teman lelakinya yang cemburu bertindak untuk memukul wanita itu sepuas hati sehingga lebam di bahagian mata dan siku.

Walaupun bagaimanapun, mangsa tidak mahu memadam gambar berkenaan kerana itu merupakan sumber bagi menjana pendapatan kerana menjual pakaian dalam wanita.

Katanya, sudah hampir 130 kali perkara ini terjadi. Lebih mengejutkan apabila teman lelakinya itu merupakan seorang penjawat awam! Dah menjadi ‘makanan’ harian kalau kena tendang, sepak dan terajang.

Akibat tidak tahan sering menjadi mangsa pukulan teman lelakinya, dia melaporkan kepada pihak berkuasa supaya dapat diambil tindakan selanjutnya.

Sumber : Khmer News

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here