Guna RM500,000 demi sambung belajar, Faizal Ismail berhijrah ke UK

0
41


Bekas penyampai radio dan pengacara popular, Faizal Ismail atau lebih dikenali FBI membuat perkongsian di laman Instagram miliknya bagaimana beliau terfikir untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

Bagi merealisasikan impian besarnya, FBI telah menabung dan perancangan itu telah dibuat sebaik mungkin sejak tiga tahun yang lalu.

View this post on Instagram

CAMNE TERFIKIR NAK STUDY BALIK? 📖. . Saya terima soalan cam tu banyak kali.. so nak share lah ni 😊. Lepas berhenti full time job, saya target nak carik benda baru.. explore new opportunities. Dalam mencari.. ada 3 orang ALLAH izinkan saya berjumpa. . . 1st person @faizalnazim_ 4 tahun lepas di LONDON saya bertemu semula dgn Faizal (nama pun sama) sejak lost contact dari sekolah RENDAH..(1st pic) masa tu tgh shooting satu production tv.. sejak dari hari tu kami jadi rapat dan setiap kali dia balik ke Malaysia kami jumpa.. dia akan cerita macam2 pasal LIFE kat sana sebab dia dah dekat 20 tahun jadi rakyat sana lepas berkahwin dgn wanita British. Saya inspired dgn cerita dia. (Tapi bukan tang bab kawen ngan Brit 🤣) . 2nd person @noyuandrea . PHD Student at Cardiff University, pernah buat praktikal kat Media Prima masa saya host Muzik2, Apa Saja FBI. Tahun 2016, tiba2 dia whassap saya lepas beberapa tahun, bgtau dia skrg study kat UK… so saya terus tanya dia camne nak further ke sana.. step by step dia terangkan kat saya.. so saya inspired kali kedua 😊. Last year @faizalnazim_ @yusrizamri @hafiz.abah bawak saya ke Cardiff utk face to face dgn course tutor dan @noyuandrea sambut kami.. (Second pic) . 3rd person @farahlee_ . Sepatutnya saya plan nak further tahun 2018.. tapi Allah bagi rezeki anak dan kami tangguh plan.. tup tup.. tgk kat IG @farahlee_ dia dapat sambung ke UK tahun lepas, huhu.. lagi jealous kita.. (pic 3 sebelum dia gerak ke UK last year) so i told her pasal niat saya juga, and she really encouraged me to pursue the dream. Thank you Omma 😊. . And after 3 years of planning.. here i come. ALLAH buka jalan satu satu.. Sebenarnya bukan senang tapi tak mustahil.. mulakan dengan NIAT, DOA dan USAHA. Set your TARGET.. dan jgn buang masa atau berbelanja dgn benda2 yg tak membantu.. inshaAllah.. Get rid of NEGATIVE THINKING, stay focused and go after your dreams! Good luck 😉. . P/S : nanti kita share pasal camne nak apply dan proses berkaitan.. ramai yg bertanya gak.. tungguuuu 🙏😊

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on

“Dalam mencari.. ada 3 orang ALLAH izinkan saya berjumpa,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, FBI juga memuat naik gambar rakan-rakannya yang banyak membantu dan memberikan inspirasi untuk melanjutkan pelajaran.

Empat tahun lalu, FBI telah bertemu kembali dengan rakan sekolah rendahnya pada satu rakaman produksi TV dan mereka sering berjumpa apabila rakannya pulang ke tanah air yang turut mempunyai nama sama, Faizal.

Tulisnya lagi, Faizal sering berkongsi cerita kehidupan di sana kerana sahabatnya itu telah pun berkahwin dan sudah memperolehi kerakyatan di sana.

Tambah FBI, dia mendapat inspirasi kali kedua apabila seorang pelajar PhD, Andrea yang pernah menjalani latihan praktikal di sebuah stesen televisyen swasta menghubunginya semula pada tahun 2016.

Pada masa itu, FBI mengambil peluang bertanya bagaimana cara untuk melanjutkan pelajaran di UK dan pada 2018 beliau serta rakan-rakan yang lain telah pergi ke Universiti Cardiff untuk bertemu dengan tutor kursus yang disambut oleh Andrea sendiri.

Ujarnya lagi, DIA sepatutnya menyambung pelajaran pada tahun lepas tetapi beliau mendapat rezeki mata pada ketika itu dan menangguhkan hasratnya berhijrah ke UK.

Dalam perkongsian sama, Farah Lee juga salah satu rakannya yang mendorong FBI untuk meneruskan pelajaran kerana pada waktu yang sama, wanita itu juga dapat menyambung pelajaran ke UK tahun lalu.

Selepas tiga tahun perancangan, FBI sudah pun berhijrah ke UK demi mengejar cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam Industri Kreatif dan Budaya di Universiti Cardiff.

Pada masa yang sama, keluarganya turut berpindah ke sana dan dia sanggup mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM500,000 yang mengambil kira kos bayaran yuran pengajian, penginapan dan keperluan lima orang.

Posting tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan tahniah.

Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk FBI dan sekeluarga di perantauan. Semoga terus maju jaya dalam merealisasikan impiannya.

Sumber : Faizal Ismail

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here