Guru paksa murid makan sampah sebab tak kosongkan tong sampah

0
34


Sekumpulan murid sekolah rendah di China dihantar ke hospital selepas mengadu mengalami sakit perut. 

Difahamkan, mangsa dipaksa makan sampah oleh guru kerana mereka tidak mengosongkan tong sampah di kelas. 

Susulan kejadian itu, guru terbabit telah ditahan, sementara pengetuanya dipecat serta-merta. 

Menurut laporan China Press, doktor yang memeriksa kesemua mangsa mendapati terdapat bendasing di dalam perut mereka seperti najis, termasuk cebisan kertas, plastik dan kulit buah longan. 

Salah seorang mangsa berkata, guru terbabit datang ke kelas untuk memeriksa mereka dan mendapati tong sampah tidak dikosongkan, lalu menghukum 10 murid dengan memaksa mereka memakan sampah. 

Mangsa terpaksa akur dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mereka kerana bimbang dibuang sekolah. 

Bagaimanapun, pihak sekolah menafikan dakwaan itu dan menegaskan guru terbabit hanya memarahi murid-murid berkenaan. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here