“Kadang2 saya marah…” – Bakal jadi ibu, Elfira Loy sebak cerita pengorbanan bonda tercinta

0
31


Pengorbanan seorang ibu amat besar nilainya, segala larangan dan nasihat adalah demi untuk memastikan anak-anak mendapat kehidupan yang terbaik.

Baru-baru ini, Elfira Loy bersama ibunya, Filzah binti Yusoff telah diundang sebagai tetamu dalam program Mingguan Wanita, untuk membincangkan topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’.

Menurut El, dia mengakui bahawa ada masanya tidak bersetuju dengan ibunya, namun perasaan marah itu hanya dipendamkan. Namun, lama-kelamaan dia dapat melihat hikmah disebaliknya, membuatkannya mula sedar.

“Ada kalanya saya marah juga dengan keputusan ibu, namun saya pendamkan. Tetapi apabila satu persatu hikmah yang muncul. Keputusan ibu adalah yang terbaik…”

Di penghujung bicara, dapat dilihat El berasa sedikit sebak sehingga mengalirkan air mata apabila menceritakan mengenai pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibunya.

“Setiap ibadah yang dibuat bukanlah untuk dirinya semata-mata, apabila ibu bangun untuk solat, ibu laksanakan demi berdoa untuk anak-anak…”

Tambah El, hanya tinggal lagi beberapa bulan untuk bergelar ibu, pelakon itu mengakui bahawa risau dan takut tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik.

“Sekarang saya lebih terasa kerana bakal jadi ibu, saya takut bagaimana untuk menjadi seorang yang baik sebagaimana ibu saya…”

 

Sumber : Mingguan Wanita

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here