Kain lace mahal untuk dipakai raya musnah gara2 si tukang jahit ada Diploma reka fesyen

0
3522

Walaupun di pusat-pusat pakaian memang banyak baju cantik dengan pelbagai warna dan gaya untuk dipakai di hari raya, tetapi masih ada juga yang memilih untuk menempah baju kepada tukang jahit mengikut citarasa sendiri.

Namun malang buat seorang wanita ini apabila impiannya untuk tampil bergaya di hari raya musnah apabila baju yang ditempah mendapat hasil yang sangat mengecewakan.

Menerusi Facebook wanita tersebut dengan nama Ara Malek, meluahkan rasa kecewanya terhadap hasil jahitan si tukang jahit yang langsung tidak menepati citarasa, malah ukuran juga tidak sepadan dengan badan.

Tambah mengecewakan, pakaian tersebut tidak dapat dibetulkan semula kerana masalah pada ukuran, maka itu terpaksalah wanita itu menerima hakikat kain lace yang dibelinya agak mahal musnah begitu sahaja.

Difahamkan, tukang jahit yang bertanggungjawab terhadap kerosakan baju tersebut merupakan lepasan Diploma pereka fesyen, mungkin kerana latar belakang yang dimilikinya membuatkan wanita itu menjangkakan hasil yang hebat.

Selepas melihat hasil jahitan yang mengecewakan itu, wanita tersebut telah pun redha, walaupun berasa tertekan kerana terpaksa mencari baju lain, memandangkan lagi beberapa hari sahaja raya bakal tiba.

Malah, rata-rata pengikut di Facebook wanita tersebut juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hasil kerja tukang jahit tersebut yang dianggap hanya sekadar mahu mengaut keuntungan tetapi kualiti kerja amat hambar.

Kain yang dibeli itu pasti memakan jumlah yang banyak, justeru diharapkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih tukang jahit, teliti dulu hasil kerjanya memuaskan atau tidak, semoga kejadian ini dijadikan pengajaran.

Sumber : Ara Malek

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here