“Kenapa Allah tarik penglihatan saya?” – Ebit Lew sebak diaju soalan oleh pelajar buta

0
43


Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, pendakwah yang kerap kali turun ke lorong-lorong untuk menyebarkan syiar Islam kepada golongan mak nyah dan para gelandangan.

Mempunyai cara pendekatan dakwah yang berbeza, Ebit Lew sangat disenangi oleh setiap lapis masyarakat kerana sering menyampaikan ilmu agama secara lembut.

Namun begitu, semalam, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu video ketika sedang berceramah di sebuah sekolah menengah. Ketika itu, terdapat beberapa orang pelajar yang mempunyai masalah penglihatan turut menyertai perkongsian yang dibuat oleh Ebit.

Salah seorang daripada remaja tersebut mengajukan soalan  mengapa penglihatannya diambil oleh Allah S.W.T kepada Ebit dan telah mengudang rasa sebak pendakwah selebriti tersebut.

“Ya Allah sebaknya, sedih sangat hari ini ceramah ada beberapa orang adik yang cacat penglihatan. Lepas tu hilang ayah dan ada yang tiada ibu. “

“Ya Allah sebaknya saya bila adik ni tanya ustaz kenapa Allah ambil penglihatan saya.” – Luahnya.

Perkongsian video dan kapsyen  yang dibuat menerusi Instagramnya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata turut ikut sebak dengan pertanyaan yang diajukan oleh pelajar OKU itu kepada ustaz Ebit.

Sumber : Ebit Lew

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here