Kepala botak ada kesan merah, imej Aliff Aziz ke mahkamah jadi bualan netizen

0
96
Oh My Media


Selesai sudah kemelut rumah tangga yang melanda Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila artis kelahiran Singapura itu melafazkan talak kepada isterinya petang tadi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Keputusan untuk bercerai telah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak selepas bermacam kontroversi kecurangan Aliff terbongkar.

Petang tadi, Aliff telah muncul ke mahkamah selepas beberapa waktu berdiam diri dengan segala kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini. Namun, penampilan artis tersebut yang berimej botak dan terdapat kesan merah pada kepalanya telah menimbulkan tanda tanya.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Aliff Aziz didakwa sedang menjalani rawatan rambut. Namun begitu, tiada sebarang kenyataan sahih yang mengatakan hal tersebut.

Menerusi komen yang diterima dari Facebook sumber, rata-rata netizen memberikan maklum balas yang pelbagai diatas penampilan terbaru Aliff.  Mereka mengatakan bahawa artis tersebut sedang menjalani rawatan menanam akar rambut di bahagia depan kepala.

Aliff dilihat meninggalkan mahkamah selepas bertemu anaknya Ayden Adrean, 2, dan berpelukkan dengan bapa kepada Bella Astillah. Penyanyi lagu Sayang-sayang ini telah sah bercerai dengan isterinya hari ini selepas didakwa berlaku curang berkali-kali dan sudah tidak tinggal sebumbung hampir tiga bulan.

 

Sumber: Berita Harian

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here