Kanak2 Nekad Tolong Kumpul plastik untuk ‘tahan’ air daripada bocor ketika bomba padam api

0
346

Setiap individu mempunyai cita-cita yang sudah ditanam sejak dari kecil. Namun bagi merealisasikan impian masing-masing, mereka perlu mempunyai minat mendalam terhadap perkara tersebut.

Sebagai contoh sekiranya ingin menjadi ahli bomba, mereka perlu didedahkan dengan situasi kecemasan seperti kebakaran bagi menyelamatkan nyawa orang ramai.

Itu dapat digambarkan dengan seorang kanak-kanak lelaki, Nayeem Islam yang nekad membantu pasukan bomba ketika memadamkan kebakaran di sebuah bangunan komersil 19 tingkat di Dhaka, Bangladesh.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu segera mengumpul beg plastik untuk menutup kebocoran hos air selama hampir 20 minit dengan menggunakan segala kekuatan yang ada dalam dirinya.

Gambar Nayeem menjadi ‘hero’ ketika situasi mencemaskan itu tular di laman media sosial dan menerima pelbagai pujian ramai yang rata-ratanya kagum dengan semangat juang kanak-kanak tersebut.

“Saya bertindak sebegitu kerana mahu hentikan kebocoran, ahli bomba akan dapat menggunakan lebih banyak air dan mangsa dapat diselamatkan,” katanya menerusi laporan The Daily Star.

Tambah Nayeem, dia yang sebelum itu menonton berita di rumah terus bergegas ke tempat kejadian untuk menyumbang tenaga dalam kejadian terbabit.

Walaupun kejadian itu berlaku pada 28 Mac lalu, namun kisah ini boleh dijadikan nilai dan pengajaran yang amat menyentuh hati orang ramai.

Sumber : The Daily Star

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here