Lagi pemandu Grab diserang penumpang, ditembak guna senapang angin

0
266


Gambar hiasan

BELUM pun reda kes pemandu Grab yang dibunuh di Kota Kinabalu, Sabah Jumaat lalu, kini satu lagi serangan terhadap pemandu perkhidmatan e-panggilan dilaporkan berlaku di Sarawak.

Kali ini melibatkan seorang pemandu yang cedera di kepala akibat dipukul dan ditembak menggunakan senapang angin oleh penumpangnya dipercayai lelaki warga Indonesia di Jalan FAC Matang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata di awal kejadian, pemandu yang berusia 40 tahun itu mengambil seorang penumpang warga asing di Kuching Sentral untuk dihantar ke Jantayu Strawberry Farm.

“Semasa dalam perjalanan, suspek mengarahkan pemandu itu memberhentikan kenderaan, sebelum bertindak memukul kepalanya menggunakan tukul dan menembaknya menggunakan senapang angin buatan sendiri.

“Lelaki yang cedera itu kemudian lari ke hutan yang berdekatan untuk menyelamatkan diri. Kini lelaki itu berada di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Denis berkata usaha untuk menjejaki suspek kini giat dijalankan.

Sementara itu, laporan Harian Metro memetik sumber sebagai berkata, mangsa ketika ditemui berada dalam keadaan kebingungan selepas ditembak lelaki Indonesia dengan bahagian luar bajunya dilumuri darah.

“Mangsa mengambil suspek di Kuching Sentral dan diarahkan suspek berhenti di Jalan Matang, berdekatan ladang strawberi. Ketika melalui jalan berkenaan, suspek memberi arahan agar mangsa memberhentikan kenderaannya.

“Mungkin kerana berang dengan tindakan mangsa yang enggan mematuhi arahannya, suspek melepaskan tembakan. Mujur peluru hanya bergeser di kepala mangsa,” katanya, hari ini.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

comments





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here