Lima tahun baru dapat kelulusan cuti, anggota polis maut sebelum pulang ke kampung halaman

0
240

Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut dua hari lagi disambut suram oleh keluarga seorang anggota anggota Unit Kereta Peronda Polis, Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, 27, selepas dia dilaporkan meninggal dunia akibat dirempuh sebuah motosikal ketika bertugas.

Tambah menyayat hati, lebaran kali ini merupakan sambutan yang paling dinanti Mohd Ishraf selepas hampir lima tahun tidak dapat berhari raya dikampung halaman.

Menerusi Berita Harian, isteri kepada mangsa Nor Adeela Hashim, 26,  memberitahu bahawa suaminya begitu teruja kerana mendapat cuti kali ini kerana sudah beberapa tahun terpaksa bertugas di hari raya.

“Arwah memang teruja membuat persiapan hari raya… tahun ini dapat cuti dan memang rancang nak balik Kedah petang ini.” Luahnya.

Lans Koperal Mohd Ishraf  telah dirempuh oleh motosikal ketika sedang membuat pemeriksaan terhadap sebuah van  tepi Jalan Persisiran Perling, Johor. Namun, secara tiba-tiba penunggang motosikal berbangsa India telah Mohd Ishraf dan rakan setugasnya iaitu Lans Koperal Muhammad Syakir Safwan Khairudin, 29, yang kini parah di hospital.

Tambah Nor Adeela lagi, kali terakhir dia bertemu suaminya pada jam 3 pagi tadi ketika arwah menghantar nasi lemak untuk dia bersahur bersama dan anaknya, Muhamad Afiq Ishabil, 3, dan Muhamad Adam Iskandar, 7.

Mohd Ishraf telah meninggalkan dua orang anak dan isteri yang menunggu kepulangannya pulang dari bertugas untuk bergerak balik berhari raya di kedah pada petang semalam.

Jenazah Mohd Ishraf dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Tok Teh, Malau di Jitra, Kedah malam ini.

Menerusi Facebook sumber, rata-rata netizen telah menzahirkan ucapan takziah kepada keuarga mangsa dan berasa terkesan dengan segala pengorbanan anggota polis dalam menjaga keselamatan awam sehingga mengorbankan nyawa sendiri.

Sumber : Berita Harian

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here