Menangis hasil ‘make-up’ dikata macam zombi, gelagat Wawa sakat anak buat ramai terhibur

0
13


Bakal menimang cahaya mata ketiga, gelagat keluarga pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama dua orang lagi anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, sering menjadi tumpuan di media sosial.

Jika menjengah ke Instagram pasangan selebriti itu, penuh dengan gelagat mereka meluangkan masa bersama anak-anak walaupun mempunyai jadual kerja yang padat.

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik Wawa mengundang tawa ramai, apabila memaparkan aksi comel Hayla bermain dengan alat solek ibunya.

Geli hati melihat hasil solekan Hayla, Wawa sempat lagi mengusik anaknya dengan memberitahu bahawa solekannya itu seakan zombi sehingga anaknya yang berusia 4 tahun itu menangis dibuat si ibu.

Suka melihat gelagat keluarga ini, lebih-lebih lagi ada satu lagi video memaparkan gelagat Hayla menyolek bapanya pula. Sebab sayangkan anak, Aeril nampaknya sentiasa melayani karenah puterinya itu.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan keluarga selebriti, cukup terhibur dengan sikap ‘sporting’ Wawa Zainal dan Aeril Zafril terhadap anak-anak mereka.

Suka betul tengok keluarga bahagia ini, semoga Wawa selamat dan dipermudahkan melahirkan cahaya mata ketiga mereka. Agak-agaknya yang baby boy ke baby girl?

Sumber : Wawa Zainal & Aeril Zafril

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here