Menjandakan isteri demi nikahi janda lain, PU Abu mengaku serabut di Tanah Suci

0
941
Oh My Media


Hari ini kecoh di laman media sosial apabila penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu didakwa menceraikan isterinya untuk berkahwin dengan seorang janda anak satu.

Kisah yang didedahkan bekas isterinya, Ain Afini itu mengundang perhatian ramai netizen yang kasihan terhadap dirinya apatah lagi kini sedang berbadan dua.

Namun rata-ratanya mengecam tindakan PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi kerana sanggup meninggalkan isteri dan anak dalam kandungan demi wanita lain.

Apatah lagi membawa gelaran sebagai pendakwah, penampilan berkopiah dan berjubah disifatkan tidak bersesuaian dengan tindakan yang dilakukannya.

Menerusi tinjauan di laman Facebook milik PU Abu, lelaki berusia 25 tahun itu ada memuat naik beberapa posting sepanjang berada di Tanah Suci seolah-olah meluahkan perasaan terhadap situasi yang berlaku.

“So kalau kita ada problem ke, serabut ke, down ke, nak move on ke tak kira apa pun masalah yang kita hadap solat je,”

“Terkadang Allah mentakdirkan sesuatu tidak menampakkan hikmahnya sehingga satu hari datang yang menjentikkan hati,” 

“Ummi, Cian (nama panggilan) harap boleh jumpa ummi dekat syurga nanti, banyak benda nak story dekat ummi,”

Terdahulu, peserta kelahiran program PU musim ketiga itu melafazkan penceraian menerusi mesej di aplikasi WhatsApp setelah bekas isterinya tidak bersetuju untuk berpoligami.

Sumber : PU Abu

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here