“Mesra & manja dengan warden…” – Cemburu, dipercayai jadi punca pelajar tahfiz maut dipukul

0
144


Susulan daripada berita kematian seorang pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang, Temerloh, Mohammad Aimin Nurul Amin yang dipercayai akibat trauma pada dada dan abdomen oleh permukaan atau objek tumpul.

Difahamkan, mangsa telah bergaduh dengan beberapa orang pelajar lain di pusat tahfiz tersebut, diuruskan oleh sepasang suami isteri.

Berdasarkan laporan media, pergaduhan tersebut berlaku akibat daripada sifat cemburu pelajar lain terhadap mangsa, kerana dia sangat manja dengan pasangan suami isteri yang merupakan warden dan pengasuh di tahfiz tersebut.

“Mangsa yang merupakan pelajar paling muda di situ juga difahamkan agak mesra dan manja dengan pasangan tersebut sehingga dipercayai menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan pelajar lain yang membawa kepada pergaduhan…”

Setakat ini pihak polis telah menahan tiga pelajar pusat tahfiz berusia 13 tahun, bagi membantu siasatan kematian Mohammad Aimin di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Mohammad Aimin dikejar ke hospital oleh isteri warden pusat tahfiz tersebut, selepas mendapati mangsa tidak menunaikan solat Zuhur dan dilihat dalam keadaan lemah.

Mangsa yang dihantar ke pusat tahfiz tersebut bersama dengan abang tirinya. Pemeriksaan awal mendapati ada kesan lebam di badan mangsa.

Difahamkan, pusat tahfiz tersebut yang mempunyai 14 orang pelajar dan 4 orang tinggal di asrama termasuk mangsa, tidak berdaftar dengan abatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sumber : Bernama

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here