Murung sebab tekanan kerja jadi punca suami tikam guru sarat mengandung

0
99


Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita seorang guru telah memandu sendiri keretanya menuju ke hospital selepas parah ditikam oleh suami di kediaman mereka di Putrajaya semalam. Lebih membimbangkan, wanita itu hamil 9 bulan dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, kecekalannya mendapatkan rawatan dengan segera telah menyelamatkan nyawanya  serta bayi yang dikandung apabila pihak hospital membantu guru tersebut untuk bersalin dengan segera.

Kondisi mangsa serta bayinya juga dalam keadaan stabil dan suspek telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Menerusi Berita Harian, guru wanita itu telah memaklumkan bahawa suaminya yang juga seorang jurutera audio mengalami kemurungan disebabkan tekanan kerja dan masalah menguruskan masa untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah.

“Suami saya memang mengambil ubat kemurungan kerana tekanan kerja, saya tidak jangka dia akan bertindak sebegitu semalam kerana ini kali pertama dia berkelakuan begitu.”

Wanita itu juga mengakui bahawa kejadian semalam adalah kali pertama suaminya berkasar dengannya dan tidak menyangka dia akan bertindak agresif sehingga mendatangkan kecederaan parah.

“Dia tidak pernah berkasar dengan saya, dan selepas tindakannya itu saya nekad keluar dari rumah dan memandu sendiri kenderaan menuju ke hospital dalam keadaan cedera.”

Sebelum ini, seorang guru wanita telah dilaporkan ditikam oleh suaminya sendiri hingga mengakibatkan cedera parah. Dia telah memandu kereta sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan sedang hamil 37 minggu.

Guru bahasa Melayu di sebuah sekolah di Serdang itu telah mengalami kecederaan pada bahagian jari, perut serta belakang badan.

Setakat ini pihak polis masih melakukan siasatan berhubung jenayah tersebut dan wanita itu juga selamat melahirkan bayinya secara pembedahan.

Sumber : Berita Harian

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here