“Nak dirotan dah besar…” Mak mintak Aliff Syukri batal hasrat nak jadi penyanyi

0
372

Beberapa hari lalu usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri telah pun melancarkan lagu raya yang berjudul Jom Raya di laman Youtube, dan telah menerima pelbagai reaksi netizen.

Walaupun kualiti nyanyian usahawan itu menerima kecaman hebat sejak dari awal pembikinannya, namun video klip Jom Raya mendapat sambutan sehingga menjadi trending di Youtube.

Sungguhpun menjadi trending, lagu raya usahawan tersebut tetap menjadi bahan kritikan netizen, sehinggakan usahawan itu meluahkan perasaan geramnya terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Tetapi, bukan sahaja netizen, malah ibunya sendiri, Bonda Rozita, tidak melepaskan peluang untuk memberi ulasan mengenai hasil nyanyian anak lelakinya itu menerusi video di laman Youtube miliknya.

Bonda Rozita secara jujurnya telah mengakui bahawa anaknya itu tiada bakat sebagai penyanyi, dalam video tersebut dia juga mengkritik lagu hasil nyanyian anaknya itu.

Selepas menonton lagu raya anaknya itu, jelas dia tidak pernah menyokong penglibatan anaknya sebagai seorang penyanyi kerana dia tidak menafikan bahawa suara Aliff tidak sedap.

Namun, dia tidak menyangka tahap keyakinan anaknya begitu tinggi walaupun bakat dan minatnya sering dipertikaikan oleh netizen sejak daripada lagu pertama, Abang Nak Tegur, dilancarkan.

Di akhir video tersebut, Bonda Rozita sempat meminta agar Aliff membatalkan niatnya untuk menjadi penyanyi kerana mengetahui kebolehan anaknya itu.

Sumber : Bonda Rozita

 

Komen

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here