Niat ziarah keluarga jadi tragedi, tiga bersaudara mati lemas

0
35


Niat untuk berkunjung ke pantai bertukar tragedi apabila terhadap tiga wanita bersaudara termasuk dua beradik dari Kelantan mati lemas di Pantai Batu Layar, Desaru, Johor Bahru.

Mayat ketiga-tiga wanita berkenaan ditemui orang ramai kira-kira jam 5.30 petang semalam dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang tiba di lokasi tersebut.

Ketiga- tiga mangsa dikenali sebagai Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 23, dan kakaknya, Siti Hajjar Adila, 25. Seorang lagi mangsa dipercayai saudara mereka dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati tiga wanita yang dilaporkan lemas sudah ditemui orang awam.

“Mereka disahkan meninggal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Mohd Fadli Ismail.

Difahamkan, tujuan mereka ke negeri Darul Takzim itu adalah untuk bertemu dengan ahli keluarganya sebelum ke pantai untuk berkelah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Berita Harian

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here