“Pale Otak Kau Nak Jual Ikan Kena Racun” – Netizen Kecam Aliff Syukri Jual Ikan Mewah Mati Kepada Orang Ramai

0
46


Gara-gara menjual ikan mewah yang telah mati, Datuk Aliff Syukri dikecam oleh netizen kerana mendakwa ikan-ikan tersebut mati disebabkan racun.

BACA : Habiskan RM200 Ribu Beli Handbag Isteri, Aliff Syukri Sedih Isteri Tak Hargai

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, Aliff Syukri berkongsi kesedihannya kerana hampir semua ikan mewahnya mati kekurangan oksigen.

Aliff juga menyalahkan dua orang tukang kebunnya yang diamanahkan untuk menjaga ikan-ikan mewahnya itu yang berharga mencecah ratusan ribu Ringgit Malaysia.

“Ikan kelah kalau besar macam ni, RM1000 dik seekor, RM1000 dik seekor…” – Aliff Syukri.

Aliff memberitahu kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ikan-ikan tersebut, bolehlah menghubungi no telefon yang tertera di Facebook atau Instagram.

“Kepada anda yang nak beli ikan ni, boleh contact no yang tertera di Facebook ataupun Instagram.

Kami telah asingkan yang dah jadi bangkai, dan yang segar kami asingkan,” – jelas Aliff Syukri.

Menurut Aliff, ikan yang masih segar sahaja dijual, manakala ikan yang sudah menjadi bangkai dan busuk diasingkan daripada yang segar.

Tindakan Aliff menjual ikan mewah yang telah mati itu kepada orang ramai mendapat kecaman daripada netizen.

Ada juga yang menasihati Aliff supaya lebih tenang dan mengatakan ikan-ikannya mati bukan salah tukang kebun, itu semua berpunca dari saiz kolam yang sangat kecil dan tidak dapat menampung jumlah ikan yang banyak itu.

Video ikan mewah berharga ratusan ribu Aliff Syukri mati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here