Pencuri lembu guna kereta Honda terbabas dalam longkang

0
230


TIGA lelaki yang cuba mencuri seekor lembu jenis Brahman dengan menggunakan kereta jenis Honda Civic akhirnya berputih mata apabila perbuatan mereka disedari penternak haiwan berkenaan di Jalan Sungai Lokan, di Butterworth semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia 24 hingga 26 tahun ditahan sendiri oleh penternak lembu berusia 52 tahun sebelum menyerahkkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika kejadian penternak lembu tersebut terdengar bunyi anjing menyalak berhampiran rumahnya.

“Apabila melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kandang lembu miliknya, dia melihat dua buah kereta yang dinaiki beberapa lelaki tidak dikenali berhampiran kandang miliknya.

“Suspek dilihat menyumpit ubat pelali ke arah dua ekor lembu di kandang tersebut namun mereka hanya sempat menyumbat seekor lembu jenis Brahman ke dalam kereta jenis Honda Civic sebelum melarikan diri berikutan perbuatan mereka disedari pemilik haiwan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemilik lembu itu kemudian mengejar kereta dinaiki suspek sehingga menyebabkan kenderaan mereka terlanggar besi longkang lalu terbabas dan sebelum ditahan.

“Polis kemudiannya membawa kesemua suspek ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan akibat mengalami kecederaan di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan mendapati salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya.

Noorzainy menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

comments





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here