Penduduk Flet Larkin Johor Bahru Terkejut Jumpa Rangka Wanita Meninggal Lebih Setahun Lalu Dalam Rumahnya.

0
126
Jumpa mayat reput di Flet Larkin

Penduduk di sini terkejut dengan penemuan rangka seorang wanita yang sudah mereput dipercayai lebih setahun lalu di tingkat 15, Blok C Rumah Pangsa Larkin di sini, Selasa lalu.

Ahli Jawatankuasa KaJumpa mayat reput di Flet Larkinwasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Pangsa Larkin, Azmi Abdullah berkata, rangka wanita yang dikenali sebagai Kok Eng, 50-an ditemui pada pukul 1 pagi.

“Penemuan rangka wanita itu disedari beberapa penduduk yang menyedari pintu rumah sewa yang didiami wanita itu dalam keadaan terbuka selain tidak berkunci.

“Mereka membuka pintu sebelum mendapati mayat sudah mereput terbaring di atas lantai di dalam bilik rumah tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azmi berkata, salah seorang pemuda memaklumkan kepada beberapa penduduk sebelum AJK KRT membuat pemeriksaan ke atas laporan itu.

Jelasnya, selepas mendapati kejadian itu benar berlaku, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Larkin di sini sebelum rangka wanita itu diambil pihak polis untuk dibedah siasat.

Jumpa mayat reput di Flet LarkinMenurutnya, pihak KRT membuat semakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUK) bahagian perumahan bagi mendapatkan maklumat mangsa.

“Kita mendapati rumah tersebut disewa seorang wanita dikenali sebagai Kok Weng (Gambar kecil) berusia lingkungan 50-an selain tinggal seorang diri.

“Kita juga mendapat maklumat wanita terbabit berasal daripada Batu Pahat dan mempunyai seorang adik perempuan yang kini dirawat di Hospital Permai selepas mengalami masalah mental,” katanya.

Azmi menambah, hasil bedah siasat dijalankan pihak polis mendapati wanita itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih setahun lalu.

Jelasnya, bau mayat wanita itu tidak disedari sebelum ini mungkin keadaan rumah di tingkat 15 selain rumahnya bersebelahan rumah sampah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here