Pijak al-Quran sebab ‘jantan’, 4 remaja perempuan ditahan polis

0
2242


Sejak semalam, video gadis remaja memijak al-Quran telah tular dan hangat diperkatakan warganet. Menerusi rakaman video berdurasi 3 minit 13 saat itu, jelas kelihatan kitab suci itu dipijak seorang remaja perempuan sambil disaksikan rakan-rakannya.

Namun begitu, tidak sampai 24 jam, pihak polis telah berjaya menahan empat orang suspek yang kesemuanya berasal dari Kelantan. Remaja-remaja itu berjaya diberkas polis selepas kakak kepada salah seorang suspek membuat laporan atas salah laku itu.

Menerusi posting yang diperoleh dari Facebook Kelantan info Semasa, suspek yang terlibat dalam video tersebut kesemuanya berusia dalam lingkungan 17 ke 18 tahun. Ada lagi beberapa remaja yang masih diburu dan akan ditangkap kelak untuk membantu siasatan.

Nie la antara muka 4 jahanam yang memalukan kelantan dan agama Islam..Ko sanggup pijak Al quran pastu mengaku bersetubuh…

Posted by Kelantan info semasa on Thursday, July 18, 2019

Hasil daripada siasatan awal, kes tersebut berlaku adalah disebabkan pemijak al-Quran dipaksa untuk bersumpah sama ada terlibat dalam melakukan hubungan intim dengan teman lelaki salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Irwan.

Kesemua pelaku sudah dikenalpasti dan terbukti bahawa kes tersebut berlaku di negeri Kelantan iaitu di Tepi bahu jalan, berdekatan dengan Retak Kusial lama, 17500 Tanah Merah Kelantan. Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi muat naik laporan polis di Facebook sumber.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan para remaja tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga terkilan melihat tindakan biadap tersebut hanya disebabkan ingin membuktikan sama ada gadis itu bersetubuh atau tidak dengan teman lelaki rakannya.

Sumber : Kelantan Info Semasa

 

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here